Sunday, April 3, 2011

HAKIM BAHAGIAN MUKAH 2011

SENARAI NAMA HAKIM MAJLIS TILAWAH AL QURAN
PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH 2011

BIL SEKOLAH NAMA TUGASAN KEHAKIMAN
1 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN IBRAHIM FIKRI BIN ABDULLAH KETUA JAMAAH HAKIM
2 GURU BESAR SK KPG SEBERANG MOHD FIRDAUS BIN SAAD PEMBANTU KETUA JAMAAH HAKIM

SENARAI NAMA HAKIM HAFAZAN AL-QURAN MENENGAH DAN RENDAH
BIL SEKOLAH NAMA DAERAH TUGASAN KEHAKIMAN
1 GURU BESAR SK MUKAH ENGKU AFIZAN BIN ENGKU HALIM MUKAH FATIH & MUNABBIH
2 GURU BESAR SK KAMPUNG TEH NASRUL HADI BIN ABDUL RAHMAN MUKAH FATIH & MUNABBIH
3 PENGETUA SMK AGAMA IGAN MOHD ZAKARIA BIN MAT ZIN DALAT HAKIM TAJWID DAN FASOHAH
4 GURU BESAR SK PENAKUP ULU MUKAH MOHD RIDZUAN BIN IBRAHIM MUKAH KETUA HAKIM & HAKIM TAJWID DAN FASOHAH
5 GURU BESAR SK ST PATRICK, MUKAH MOHD ZUBADI BIN MOHD SUFI MUKAH HAKIM HAFAZAN DAN LANCAR
6 GURU BESAR SK KG PERGAU MATU MOHD ROSDI BIN HASSAN MATU DARO HAKIM HAFAZAN DAN LANCAR
7 GURU BESAR SK DPM OYA MOHD SHAHRIL SAZRI BIN SULAIMAN DALAT HAKIM SUARA DAN GAYA
8 GURU BESAR SK KG SEBERANG AHMAD BAIHAKI BIN ZAKARNI MUKAH HAKIM SUARA DAN GAYA
9 GURU BESAR, SK KG TELLIAN RAKIAH BINTI ABU SEMAN MUKAH JURUKIRA

SENARAI NAMA HAKIM TILAWAH AL-QURAN MENENGAH DAN RENDAH
BIL SEKOLAH NAMA DAERAH TUGASAN KEHAKIMAN
1 GURU BESAR SJK CHONG BOON JAILANI B AWANG MUKAH KETUA HAKIM & HAKIM FASOHAH
2 GURU BESAR SK KAMPUNG IGAN CHE NOH BINTI CHE NGAH DALAT HAKIM FASOHAH
3 GURU BESAR SK KPG SEBERANG FARAH HANANI BINTI KASIN MUKAH HAKIM TAJWID
4 GURU BESAR, SK OK SELAIR MATU MOHD KHAIRUL EFFENDY BIN ABD GHAFAR MATU DARO HAKIM TAJWID
5 PENGETUA SMK AGAMA IGAN RAUNAH BINTI HJ ALI AKEBAR DALAT TARANNUM
6 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN MUSA BIN BASRI MUKAH TARANNUM
7 PENGETUA, SMK ST PATRICK MOHD REDWAN BIN ISMAIL MUKAH HAKIM SUARA
8 GURU BESAR, SK CAMPORAN DARO SULAIMAN BIN HUSIN MATU DARO HAKIM SUARA
9 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN CHE DAUD BIN CHE MAT MUKAH PENJAGA MASA
10 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN CHE PUAN BINTI CHE HASSAN MUKAH JURUKIRA

SENARAI NAMA HAKIM BERCERITA KISAH AL-QURAN DAN SYARAHAN AGAMA
BIL SEKOLAH NAMA DAERAH TUGASAN KEHAKIMAN
1 GURU BESAR SK KG JEBUNGAN NIK NUR HAFIZ BIN CHE SOH MUKAH KETUA HAKIM DAN HAKIM PENYAMPAIAN
2 PENGETUA SMK THREE RIVERS MISLIA BINTI HJ SAHAR MUKAH HAKIM PENYAMPAIAN
3 GURU BESAR, SK BAWANG TIAN MATU MOHD ZAWANI BIN MAT ARIFIN MATU DARO HAKIM ISI
4 PENGETUA SMK OYA NORHAYATI BINTI SULAIMAN DALAT HAKIM ISI
5 GURU BESAR SK KAMPUNG TEH KELANA BINTI YOROSI DALAT HAKIM BAHASA
6 PENGETUA SMK ST PATRICK NOR HAYATI BINTI CHE AHMAD MUKAH HAKIM BAHASA
7 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN JUNAIDAH BINTI MOHAMAD MUKAH JURUKIRA
8 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN AHMAD SHALAHUDIN BIN ABD AZIZ MUKAH PENJAGA MASA

SENARAI NAMA HAKIM NASYID
BIL SEKOLAH NAMA DAERAH TUGASAN KEHAKIMAN
1 GURU BESAR SK PARISH NURSURIATY BINTI LING MUKAH HAKIM PERSEMBAHAN
2 PENGETUA SMK THREE RIVERS NORSYAHIDA BINTI ABDUL RAHMAN MUKAH HAKIM PERSEMBAHAN
3 PENGETUA SMK MUKAH ABG DJOHAN BIN ABANG ISA MUKAH HAKIM SUARA
4 PENGETUA SMK TPDPH NORMAH DARO WAN ALUI BIN WAN BUJANG MATU DARO HAKIM SUARA
5 PENGETUA SMK OYA AWANG ADENAN BIN AWANG BOLHASSAN DALAT HAKIM LIRIK
6 PENGETUA SMK MUKAH SYALFAHANI SYAWALLIAH BT MUNIR MUKAH HAKIM LIRIK
7 PENGETUA SMK MATU PATRICK KHAMIS MATU DARO KETUA HAKIM DAN HAKIM LAGU
8 GURU BESAR, SK DPM OYA HARPAH BINTI NEN DALAT HAKIM LAGU
9 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN FADHILAH BINTI ABDUL PATAH MUKAH JURUKIRA
10 GURU BESAR SK DATUK AWG UDIN NIK SYAZWANI BINTI NIK ISMAIL MUKAH PENJAGA MASA

Friday, February 25, 2011

AJK KOMUNITI PENDIDIKAN ISLAM MUKAH 2011

AHLI JAWATANKUASA KOMUNITI PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 2011

PENGERUSI
Ustaz Ahmad Azra Bin Sa’adi ( SK DAU )

TIMBALAN PENGERUSI :
Ustaz Shamsul Kamal Bin Hj. Ma’amor ( SK KPG PETANAK )

SETIAUSAHA
Ustaz Ibrahim Fikri Bin Abdullah ( SK DAU )

TIMBALAN SETIAUSAHA
Ustazah Salmy Binti Morshidi ( SK Mukah )

BENDAHARI
Ustaz Mohd Ridzuan Bin Ibrahim ( SK Penakub Ulu )

TIMBALAN BENDAHARI
Ustaz Mohd Firdaus Bin Saad ( SK KPG SEBERANG )

AJK : SEMUA KETUA PANITIA

Tuesday, February 2, 2010

Panitia Pendidikan Islam SK Kpg Seberang

PERLEMBAGAAN KGPI MUKAH

PERLEMBAGAANKOMUNITI GURU PENDIDIKAN ISLAM MUKAH

1.0 PENDAHULUAN

4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

( Surah As-Shaf ayat 4 )

2.0 TAKRIF

Persatuan

Bermakna pertubuhan guru yang diterima menjadi ahli / anggota yang mendaftar sebagai ahli.

Guru Pendidikan Islam

Bermakna guru-guru pendidikan Islam atau j-QAF yang dilantik secara sah oleh suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Mukah , Sarawak.

Bermakna Guru Pendidikan Islam / Guru j-QAF yang mengajar dimana-mana sekolah di Sarawak terutama di daerah Mukah dan Bahagian Mukah.


BAB YANG PERTAMA

NAMA DAN PENDAFTARANNYA

Fasal 1

Nama Pertubuhan / Organisasi ini ialah PERSATUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM atau nama singkatan ( PGPI ) , Mukah Sarawak.

Fasal 2

Ia di bawah Unit Pendidikan Islam dan pada masa ini beroperasi di alamat berikut :

Unit Pendidikan Islam

Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah

Jalan Tenku Fuzi ,96400 Mukah

Sarawak

URL : http://jqafmukah.blogspot.com


BAB YANG KEDUA

Fasal 3

Dasar Persatuan Guru Pendidikan Islam , Mukah ialah menjaga kebajikan Guru Pendidikan Islam / j-QAF.

Fasal 4

Seruan

Membangunkan Pendidikan Islam yang berkualiti ke arah menjadikan pelajar sebagai insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

Tema

“JUNJUNG AMANAH PEMBANGUNAN INSAN MULIA”

BAB YANG KETIGA

Tujuan ( matlamat ) , Usaha (Objektif )

Fasal 5

Tujuan ( matlamat ) PGPI Mukah ialah :

1. Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

2. Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan pendidikan Islam.

4. Meningkatkan kemahiran dan keterampilan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.

5. Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan pelajar untuk membantu keberkesanan pendidikan Islam.

6. Meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.

7. Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara PGPI dengan masyarakat, jabatan dan agensi lain secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

8. Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.


BAB YANG KEEMPAT

Fasal 6

Ahli Persatuan Guru Pendidikan Islam ( PGPI ) :

  1. Guru – guru Pendidikan Islam / Guru j-QAF yang berada di daerah atau bahagian Mukah yang berdaftar.

Fasal 7

Syarat-syarat keahlian

  1. Beragama Islam
  2. Guru Pendidikan Islam yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Fasal 8

Hak-hak dan Kewajipan ahli

  1. Hak-hak dan kewajipan ahli
  1. Setiap ahli mempunyai suara dalam setiap perhimpunan dan bebas mengambil apa-apa keputusan dalam sebarang perkara mengikut hukum Islam sesuai dengan akhlak dan adab Islam.
  2. Memberi fikiran dan cadangan untuk dibincangkan di sebarang persidangan dan perhimpunan.
  3. Meminta bantuan dan lain-lain bantuan dari PGPI Mukah.
  4. Menghadiri perhimpunan dan perjumpaan PGPI

  1. Kewajipan-kewajipan ahli
  1. Menunaikan yuran dan lain-lain mengikut keputusan PGPI
  2. Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan PGPI samada umum atau khusus.
  3. Menghadiri program-program yang dirancang oleh PGPI sebagaimana yang ditetap dan diarahkan.
  4. Memperdalamkan Ilmu pengetahuan khusus tentang Pedagogi Pendidikan Islam.
  5. Berakhlak dengan akhlak Islam.
  6. Mengadakan dan menghidupkan program ilmu ( Liqa Ilmi ) untuk mengembangkan dan menguatkan PGPI Mukah.

BAB YANG KELIMA

PENTADBIRAN

Fasal 12

Pentadbiran Persatuan Pendidikan Islam ( PGPI ) Mukah adalah dibawah kelolaan ;

Penasihat :

  1. Penyelia

Pendidikan Islam bahagian Mukah

Badan Penguasa tertinggi bagi PGPI, terdiri daripada Penyelia Pendidikan Islam , Pengerusi , Timbalan Pengerusi , Setiausaha , Bendahari dan jawatankuasa PGPI Mukah.

Tugas :

1. Menimbang dan mengesahkan penyata kira-kira tahunan yang

disiapkan oleh jawatankuasa PGPI Mukah.

  1. Menimbang dan mengesahkan laporan tahunan yang disusun oleh jawatankuasa PGPI.
  2. Menjaga kebajikan ahli PGPI yang berada di Mukah.
  3. Memantau setiap program yang dirancang.

1. Pengerusi Panitia Pendidikan Islam

Tugas :

1.1 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat ahli jawatankuasa PGPI.

1.2 Memastikan perlaksanaan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

2. Timbalan Pengerusi Panitia Pendidikan Islam

Tugas :

2.1 Mempengerusikan majlis semasa ketiadaan Pengerusi Panitia

2.2 Memantau perjalanan program setiap unit.

3. Setiausaha

Tugas :

3.1 Menguruskan surat menyurat.

3.2 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa pelaksana.

3.3 Menyediakan minit mesyuarat.

3.4 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program.

4. Bendahari

Tugas :

4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan.

4.2 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.

4.3 Mengurus / menyelia pendapatan dan perbelanjaan.

4.4 Menyediakan laporan kewangan.


5. Unit Kurikulum Sekolah Rendah

Tugas :

5.1 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai aktiviti penyelidikan terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta menilai pencapaiannya di pelbagai peringkat daerah.

5.2 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan akademik peringkat daerah.

5.3 Bekerjasama dengan unit lain.

6.Unit Kurikulum Sekolah Menengah

Tugas :

6.1 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai aktiviti penyelidikan terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta menilai pencapaiannya di pelbagai peringkat daerah.

6.2 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan akademik peringkat daerah.

6.3 Bekerjasama dengan unit lain.

7.Unit j-QAF

Tugas

7.1 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab model j-QAF serta menilai pencapaiannya di peringkat daerah.

7.2 Membuat analisa pencapaian program j-QAF diperingkat daerah dan bahagian Mukah.

7.3 Memastikan semua sekolah yang ada program j-QAF melaksanakan model j-QAF sepenuhnya.

7.4 Bekerjasama dengan unit lain.

8. Unit Dakwah dan Kepimpinan

Tugas :

8.1 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan dasar dan operasi dakwah dan kepimpinan untuk murid, guru pendidikan Islam;

8.2 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah islamiah .

8.3 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kepimpinan islam; dan

8.4 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kawalan akidah dan pemikiran Islam.

8.5 Bekerjasama dengan unit lain.

9. Unit Kebajikan

Tugas ;

9.1 Merancang , menyelaras program kebajikan guru-guru Pendidikan Islam

dan j-QAF diperingkat daerah Mukah.

9.2 Menjaga kebajikan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah

Mukah.

9.3 Bekerjasama dengan unit lain.

10. Unit Rekreasi

Tugas ;

10.1 Merancang , menyelaras program rekreasi untuk guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah Mukah.

10.2 Bekerjasama dengan unit lain.


11. Unit Dokumentasi dan Blog

Tugas ;

11.1 Mengambil gambar setiap aktiviti dan mebuat pemilihan gambar yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam blog.

11.2 Membuat dokumentasi setiap program yang di anjur oleh PGPI di daerah Mukah.

11.3 Mengemaskini maklumat di dalam blog PGPI Mukah.

11.4 Bekerjasama dengan unit lain.


BAB YANG KEENAM

KEWANGAN

Fasal 13

Sumber-sumber kewangan

  1. Adapun sumber-sumber kewangan PGPI Mukah ialah dari
    1. bayaran yuran ahli
    2. Derma-derma
    3. Lain-lain pendapatan yang halal dan tidak merugikan PGPI Mukah.

  1. Yuran ahli
    1. Yuran ahli bagi setahun ialah RM 10 atau sebanyak mana yang ditetapkan oleh jawatankuasa kerja dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pelajaran Daerah Mukah atau Penyelia Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Mukah.

Fasal 14

Peraturan kewangan

  1. Tahun kewangan PGPI Mukah ialah dari 1 Januari hingga 31 hb Disember pada tiap-tiap tahun.
  2. Hendaklah diadakan jawatankuasa kecil yang dinamakan jawatakuasa kewangan terdiri daripada Pengerusi , Timbalan Pengerusi Setiausaha , Bendahari dan jawatankuasa.
  3. Jawatankuasa adalah bertanggungjawab menyediakan rancangan-rancangan yang memperbaiki, menambah dan mengukuhkan kewangan PGPI Mukah dari masa ke semasa bagi menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi perlaksanaan dan kejayaannya.
  4. Jawatankuasa bertanggungjawab atas penyediaan sebaran penyata kewangan untuk dibentangkan.
  5. Wang tunai ditangan bendahari tidak melebihi RM 500. Bakinya hendaklah berada dalam simpanan khas ( Bank ).

BAB YANG KETUJUH

HAL – HAL LAIN

Fasal 15

Tatatertib PGPI Mukah.

  1. Semua ahli hendaklah
    1. Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar kepada PGPI Mukah.
    2. Taat dan patuh kepada etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    3. Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah kertas kerja PGPI Mukah.
    4. Melaksanakan kwajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh PGPI sedaya upaya yang boleh.
    5. Mengamal akhlak Islam.
    6. Mengamal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan PGPI Mukah.
    7. Menerima PGPI Mukah Sebagai satu-satunya wasilah guru-guru pendidikan Islam untuk menjalankan aktiviti dakwah di bahagian Mukah ini.

  1. Sebuah jawatankuasa tatatertib hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada :
    1. Penyelia Pendidikan Islam , Pengerusi , Timbalan Pengerusi , Setiausaha Bendahari dan jawatankuasa.
    2. Bidang kuasanya ialah :

11.2 Memberi kaunseling atau khidmat nasihat.

11.3 Membuat laporan kepada pihak kaunseling pejabat pelajaran

daearah Mukah.

11.4 Membuat laporan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mukah.

.

12. Salah pengertian tentang perkara dalam kertas kerja ini

12.1 Sekiranya berlaku salah pengertian tentang tafsiran atau perkara dalam kertas kerja ini maka Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada Penyelia Unit Pendidikan Islam , Pengerusi Penitia , Timbalan Pengerusi . Setiausah , Bendahari dan Jawatankuasa adalah berhak membuat keputusan muktamat.

Disediakan oleh :

Haji Ibrahim Fikri Bin Abdullah

Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin Mukah

Bahagian Pembangunan Kurikulum

http://www.moe.gov.my/bpk/