Tuesday, February 2, 2010

PERLEMBAGAAN KGPI MUKAH

PERLEMBAGAANKOMUNITI GURU PENDIDIKAN ISLAM MUKAH

1.0 PENDAHULUAN

4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

( Surah As-Shaf ayat 4 )

2.0 TAKRIF

Persatuan

Bermakna pertubuhan guru yang diterima menjadi ahli / anggota yang mendaftar sebagai ahli.

Guru Pendidikan Islam

Bermakna guru-guru pendidikan Islam atau j-QAF yang dilantik secara sah oleh suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Mukah , Sarawak.

Bermakna Guru Pendidikan Islam / Guru j-QAF yang mengajar dimana-mana sekolah di Sarawak terutama di daerah Mukah dan Bahagian Mukah.


BAB YANG PERTAMA

NAMA DAN PENDAFTARANNYA

Fasal 1

Nama Pertubuhan / Organisasi ini ialah PERSATUAN GURU PENDIDIKAN ISLAM atau nama singkatan ( PGPI ) , Mukah Sarawak.

Fasal 2

Ia di bawah Unit Pendidikan Islam dan pada masa ini beroperasi di alamat berikut :

Unit Pendidikan Islam

Pejabat Pelajaran Gabungan Mukah

Jalan Tenku Fuzi ,96400 Mukah

Sarawak

URL : http://jqafmukah.blogspot.com


BAB YANG KEDUA

Fasal 3

Dasar Persatuan Guru Pendidikan Islam , Mukah ialah menjaga kebajikan Guru Pendidikan Islam / j-QAF.

Fasal 4

Seruan

Membangunkan Pendidikan Islam yang berkualiti ke arah menjadikan pelajar sebagai insan berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.

Tema

“JUNJUNG AMANAH PEMBANGUNAN INSAN MULIA”

BAB YANG KETIGA

Tujuan ( matlamat ) , Usaha (Objektif )

Fasal 5

Tujuan ( matlamat ) PGPI Mukah ialah :

1. Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam yang berkesan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia bagi membangunkan masyarakat dan negara.

2. Meningkatkan kualiti Bahasa Arab yang berkesan untuk membolehkan pelajar berkomunikasi dengan baik dan mendalami pelbagai sumber ilmu.

3. Meningkatkan kualiti pengurusan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Pengajian Islam dengan cekap dan strategik supaya perkhidmatannya dapat menyumbang ke arah keberkesanan pendidikan Islam.

4. Meningkatkan kemahiran dan keterampilan Guru Pendidikan Islam dan Guru Bahasa Arab secara berterusan dalam pelbagai bidang supaya pengajaran dan pembelajarannya sentiasa menarik dan berkesan.

5. Meningkatkan dakwah, penghayatan Islam dan nilai-nilai murni secara berhikmah di kalangan pegawai, guru, kakitangan pendidikan dan pelajar untuk membantu keberkesanan pendidikan Islam.

6. Meningkatkan perkhidmatan sistem maklumat pendidikan Islam yang telus dan tepat untuk mengetahui tahap prestasi pencapaian program dan pembinaan perancangan yang lebih berkesan.

7. Meningkatkan hubungan dan kerjasama antara PGPI dengan masyarakat, jabatan dan agensi lain secara permuafakatan supaya semua program dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

8. Meningkatkan kualiti dan prestasi kecemerlangan Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Kebangsaan sebagai model sistem pendidikan kebangsaan untuk melahirkan pelajar yang berkeupayaan mengamalkan cara hidup yang berteraskan Islam di dalam pembangunan diri, masyarakat dan negara.


BAB YANG KEEMPAT

Fasal 6

Ahli Persatuan Guru Pendidikan Islam ( PGPI ) :

  1. Guru – guru Pendidikan Islam / Guru j-QAF yang berada di daerah atau bahagian Mukah yang berdaftar.

Fasal 7

Syarat-syarat keahlian

  1. Beragama Islam
  2. Guru Pendidikan Islam yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Fasal 8

Hak-hak dan Kewajipan ahli

  1. Hak-hak dan kewajipan ahli
  1. Setiap ahli mempunyai suara dalam setiap perhimpunan dan bebas mengambil apa-apa keputusan dalam sebarang perkara mengikut hukum Islam sesuai dengan akhlak dan adab Islam.
  2. Memberi fikiran dan cadangan untuk dibincangkan di sebarang persidangan dan perhimpunan.
  3. Meminta bantuan dan lain-lain bantuan dari PGPI Mukah.
  4. Menghadiri perhimpunan dan perjumpaan PGPI

  1. Kewajipan-kewajipan ahli
  1. Menunaikan yuran dan lain-lain mengikut keputusan PGPI
  2. Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan PGPI samada umum atau khusus.
  3. Menghadiri program-program yang dirancang oleh PGPI sebagaimana yang ditetap dan diarahkan.
  4. Memperdalamkan Ilmu pengetahuan khusus tentang Pedagogi Pendidikan Islam.
  5. Berakhlak dengan akhlak Islam.
  6. Mengadakan dan menghidupkan program ilmu ( Liqa Ilmi ) untuk mengembangkan dan menguatkan PGPI Mukah.

BAB YANG KELIMA

PENTADBIRAN

Fasal 12

Pentadbiran Persatuan Pendidikan Islam ( PGPI ) Mukah adalah dibawah kelolaan ;

Penasihat :

  1. Penyelia

Pendidikan Islam bahagian Mukah

Badan Penguasa tertinggi bagi PGPI, terdiri daripada Penyelia Pendidikan Islam , Pengerusi , Timbalan Pengerusi , Setiausaha , Bendahari dan jawatankuasa PGPI Mukah.

Tugas :

1. Menimbang dan mengesahkan penyata kira-kira tahunan yang

disiapkan oleh jawatankuasa PGPI Mukah.

  1. Menimbang dan mengesahkan laporan tahunan yang disusun oleh jawatankuasa PGPI.
  2. Menjaga kebajikan ahli PGPI yang berada di Mukah.
  3. Memantau setiap program yang dirancang.

1. Pengerusi Panitia Pendidikan Islam

Tugas :

1.1 Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat ahli jawatankuasa PGPI.

1.2 Memastikan perlaksanaan program yang dirancang berjalan dengan lancar.

2. Timbalan Pengerusi Panitia Pendidikan Islam

Tugas :

2.1 Mempengerusikan majlis semasa ketiadaan Pengerusi Panitia

2.2 Memantau perjalanan program setiap unit.

3. Setiausaha

Tugas :

3.1 Menguruskan surat menyurat.

3.2 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa pelaksana.

3.3 Menyediakan minit mesyuarat.

3.4 Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program.

4. Bendahari

Tugas :

4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan.

4.2 Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa.

4.3 Mengurus / menyelia pendapatan dan perbelanjaan.

4.4 Menyediakan laporan kewangan.


5. Unit Kurikulum Sekolah Rendah

Tugas :

5.1 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai aktiviti penyelidikan terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta menilai pencapaiannya di pelbagai peringkat daerah.

5.2 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan akademik peringkat daerah.

5.3 Bekerjasama dengan unit lain.

6.Unit Kurikulum Sekolah Menengah

Tugas :

6.1 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai aktiviti penyelidikan terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta menilai pencapaiannya di pelbagai peringkat daerah.

6.2 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai pelaksanaan urusan akademik peringkat daerah.

6.3 Bekerjasama dengan unit lain.

7.Unit j-QAF

Tugas

7.1 Merancang, menyelaras, mengurus dan menilai terhadap pelaksanaan Dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab model j-QAF serta menilai pencapaiannya di peringkat daerah.

7.2 Membuat analisa pencapaian program j-QAF diperingkat daerah dan bahagian Mukah.

7.3 Memastikan semua sekolah yang ada program j-QAF melaksanakan model j-QAF sepenuhnya.

7.4 Bekerjasama dengan unit lain.

8. Unit Dakwah dan Kepimpinan

Tugas :

8.1 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai pelaksanaan dasar dan operasi dakwah dan kepimpinan untuk murid, guru pendidikan Islam;

8.2 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program dakwah islamiah .

8.3 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kepimpinan islam; dan

8.4 Merancang, menyelaras, mengawal, mengurus dan menilai program kawalan akidah dan pemikiran Islam.

8.5 Bekerjasama dengan unit lain.

9. Unit Kebajikan

Tugas ;

9.1 Merancang , menyelaras program kebajikan guru-guru Pendidikan Islam

dan j-QAF diperingkat daerah Mukah.

9.2 Menjaga kebajikan guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah

Mukah.

9.3 Bekerjasama dengan unit lain.

10. Unit Rekreasi

Tugas ;

10.1 Merancang , menyelaras program rekreasi untuk guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF di daerah Mukah.

10.2 Bekerjasama dengan unit lain.


11. Unit Dokumentasi dan Blog

Tugas ;

11.1 Mengambil gambar setiap aktiviti dan mebuat pemilihan gambar yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam blog.

11.2 Membuat dokumentasi setiap program yang di anjur oleh PGPI di daerah Mukah.

11.3 Mengemaskini maklumat di dalam blog PGPI Mukah.

11.4 Bekerjasama dengan unit lain.


BAB YANG KEENAM

KEWANGAN

Fasal 13

Sumber-sumber kewangan

  1. Adapun sumber-sumber kewangan PGPI Mukah ialah dari
    1. bayaran yuran ahli
    2. Derma-derma
    3. Lain-lain pendapatan yang halal dan tidak merugikan PGPI Mukah.

  1. Yuran ahli
    1. Yuran ahli bagi setahun ialah RM 10 atau sebanyak mana yang ditetapkan oleh jawatankuasa kerja dengan mendapat kebenaran daripada Pegawai Pelajaran Daerah Mukah atau Penyelia Pendidikan Islam Unit Pendidikan Islam Mukah.

Fasal 14

Peraturan kewangan

  1. Tahun kewangan PGPI Mukah ialah dari 1 Januari hingga 31 hb Disember pada tiap-tiap tahun.
  2. Hendaklah diadakan jawatankuasa kecil yang dinamakan jawatakuasa kewangan terdiri daripada Pengerusi , Timbalan Pengerusi Setiausaha , Bendahari dan jawatankuasa.
  3. Jawatankuasa adalah bertanggungjawab menyediakan rancangan-rancangan yang memperbaiki, menambah dan mengukuhkan kewangan PGPI Mukah dari masa ke semasa bagi menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi perlaksanaan dan kejayaannya.
  4. Jawatankuasa bertanggungjawab atas penyediaan sebaran penyata kewangan untuk dibentangkan.
  5. Wang tunai ditangan bendahari tidak melebihi RM 500. Bakinya hendaklah berada dalam simpanan khas ( Bank ).

BAB YANG KETUJUH

HAL – HAL LAIN

Fasal 15

Tatatertib PGPI Mukah.

  1. Semua ahli hendaklah
    1. Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar kepada PGPI Mukah.
    2. Taat dan patuh kepada etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
    3. Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah kertas kerja PGPI Mukah.
    4. Melaksanakan kwajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh PGPI sedaya upaya yang boleh.
    5. Mengamal akhlak Islam.
    6. Mengamal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan PGPI Mukah.
    7. Menerima PGPI Mukah Sebagai satu-satunya wasilah guru-guru pendidikan Islam untuk menjalankan aktiviti dakwah di bahagian Mukah ini.

  1. Sebuah jawatankuasa tatatertib hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada :
    1. Penyelia Pendidikan Islam , Pengerusi , Timbalan Pengerusi , Setiausaha Bendahari dan jawatankuasa.
    2. Bidang kuasanya ialah :

11.2 Memberi kaunseling atau khidmat nasihat.

11.3 Membuat laporan kepada pihak kaunseling pejabat pelajaran

daearah Mukah.

11.4 Membuat laporan kepada Pegawai Pelajaran Daerah Mukah.

.

12. Salah pengertian tentang perkara dalam kertas kerja ini

12.1 Sekiranya berlaku salah pengertian tentang tafsiran atau perkara dalam kertas kerja ini maka Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada Penyelia Unit Pendidikan Islam , Pengerusi Penitia , Timbalan Pengerusi . Setiausah , Bendahari dan Jawatankuasa adalah berhak membuat keputusan muktamat.

Disediakan oleh :

Haji Ibrahim Fikri Bin Abdullah

Sekolah Kebangsaan Datuk Awang Udin Mukah

No comments:

Post a Comment